LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE PPV DEWAN SERBAGUNA MBIP TAMAN NUSANTARA, GELANG PATAH

JOHOR BAHRU, 22 Julai 2021 – YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad telah mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Taman Nusantara, Gelang Patah. PPV Dewan Serbaguna MBIP Gelang Patah ini dijangka mampu memberikan suntikan vaksin sebanyak 750 hingga 1,500 dos sehari kepada para penerima.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Sumber gambar: MKN Negeri Johor & FB Hasni Mohammad

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …