VAKSINASI ‘WALK-IN’ BUKAN UNTUK INDIVIDU YANG SUDAH DAPAT TARIKH JANJI TEMU – CITF

INISIATIF vaksinasiwalk-in’ atau jumpa terus di Selangor dan Kuala Lumpur bermula bulan depan adalah khusus untuk golongan tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas 17 Julai lalu.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaskan inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin dan golongan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin,” menurut CITF dalam kenyataan hari ini.

CITF berkata demikian bagi menjelaskan mesej tular melalui aplikasi Whatsapp bahawa mulai 1 Ogos ini, semua penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas dan belum mendapat suntikan vaksin boleh pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa perlu mempunyai janji temu.

CITF turut memaklumkan PPV yang akan beroperasi untuk tujuan ‘walk-in‘ pada bulan depan akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak manakala PPV sedia ada ketika ini tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Berikutan itu, CITF menyeru mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Sumber: https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut