OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) – FASA 1 DAERAH MUAR

MUAR, 14 Julai 2021 – Satu Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan  telah dijalankan di Daerah Muar yang disertai oleh pegawai dan penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar, Jabatan Tenaga Kerja Muar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Operasi bersepadu ini dijalankan bagi memastikan pematuhan SOP melibatkan pelbagai perniagaan seperti premis makanan, asrama pekerja, premis runcit dan pasaraya serta kilang di sekitar kawasan Pt. Bakar dan Pt. Jawa, Muar.

Secara keseluruhannya, Operasi Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Fasa 1 ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Pihak Penguatkuasa telah memberi teguran keras kepada premis yang terlibat bagi menambahbaik prosedur protokol kesihatan umum yang telah ditetapkan dan memastikan supaya SOP yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi. Tindakan tegas telah diberikan kepada pemilik yang didapati telah melakukan kesalahan. Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang sedang berkuat kuasa.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi ini.

Pesanan untuk semua. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut