TERUSKAN BEKERJA BERPASUKAN DAN BERSATU UNTUK NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN, 13 Julai 2021 – YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang Bil.10 Tahun 2021 pada hari ini. YAB Ketua Menteri dalam kenyataan beliau menyatakan bahawa semua pihak perlu berusaha mempertahankan Fasa 2 ini dan terus melindungi komuniti daripada jangkitan COVID-19. Selain itu, prestasi semua pihak juga perlu dipertingkatkan dalam usaha mencapai nilai ambang ketiga iaitu kadar vaksinasi sebanyak 40% bagi dos kedua supaya Pulau Pinang dapat beralih ke fasa seterusnya sekaligus membantu mempercepatkan proses pemulihan sektor ekonomi dan sosial.

Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Pulau Pinang Bil. 14/2021 yang dipengerusikan YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri turut dilaksanakan pada hari ini. Menerusi mesyuarat ini dimaklumkan bahawa program pemberian vaksin kepada barisan sektor ekonomi industri (perkilangan) kini sedang dipergiatkan di bawah program Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Pulau Pinang. Sehingga kini dua (2) buah PPV Industri sedang beroperasi iaitu di Bukit Jawi Gold Resort dan Equatorial Hotel.

#MKN50

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut