PUSAT PEMBERIAN VAKSIN BERGERAK (PPVB) KOA BUKIT PAYUNG

Alor Gajah, 6 Julai – Seramai 230 masyarakat orang asli dari Perkampungan Orang Asli Bukit Payung yang  mendaftar melalui JAKOA telah menerima suntikan vaksin pada hari ini menerusi Program Outreach Vaksinasi.  PPVB ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan melibatkan petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah dan JPKKOA Bukit Payung.

Turut hadir, YB Dato Henry Sum, Timbalan Menteri II, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, TKSU (Dasar), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

 

#MenangBersama #staysafe #stayhome

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …