PEMBERIAN VAKSIN KEPADA PEKERJA INDUSTRI

PUTRAJAYA: Sebanyak 400 pekerja industri dari kilang sekitar Lembah Klang menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) yang mula beroperasi pada hari pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada 5 Julai 2021.

PPVIN PICC adalah sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang diuruskan oleh International SOS (Malaysia) Sdn Bhd.

Ketua Operasi Penganjur Rawatan Kesihatan International SOS (Malaysia) Dr Adrian Seng Fook Wai berkata, PPVIN akan beroperasi selama tiga bulan dengan sasaran 40,000 dos diberikan kepada 20,000 penerima.

“Setakat ini, proses pemberian vaksin lancar. Lebih 60 petugas termasuk sukarelawan sedang menjalankan tugas dan kami menjangkakan kapasiti pemberian vaksin akan ditingkatkan kepada 1,000 individu pada minggu kedua,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses vaksinasi di sini, hari ini.

Menurut beliau, majoriti penerima vaksin di PPVIN adalah pekerja sektor pembuatan dan mereka akan menerima vaksin Sinovac yang dibekalkan Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya setiap hari.

International SOS (Malaysia) adalah rakan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

ProtectHealth dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya A. Asmadi Abdul Aziz yang turut meninjau PPVIN PICC berkata, pihaknya menempatkan 15 anggota dan pegawai bagi tugasan berkala di lokasi itu.

“Kita harap proses vaksinasi ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan pekerja yang hadir juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro  https://www.hmetro.com.my/

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …