KUALA LUMPUR, 27 JUN 2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjalankan operasi sanitasi di Blok Utama, Parlimen Malaysia, hari ini yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara meliputi setiap ruangan termasuk tempat bersidang, lobi dan ruangan tangga. Operasi tersebut telah diketuai oleh PgB Muhammad Ridhwan bin Kamarulzaman dan dibantu oleh TPgB II Mohd Hafizan Bin Hassan bersama anggota HAZMAT dan juga anggota dari BBP Sentul, BBP Cheras, BBP Bandar Tun Razak dan BBP TTDI dengan kekuatan anggota seramai 30 orang.
Sumber:Β https://www.facebook.com/JBPMKL