Lawatan Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Seri Haji Fadillah Yusof membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Construction Industry Vaccination Programme (CIVac) Sektor Pembinaan di Pusat Konvensyen CIDB Malaysia.
Lawatan tersebut turut diiringi bersama Ketua Eksekutif, CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ir Ahmad βAsri Abdul Hamid. Timbalan Ketua Eksekutif I CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ir Elias Ismail, & Timbalan Ketua Eksekutif II CIDB Malaysia, En Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani & Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Holdings Sdn Bhd, En Sufian Musa.
Sesi lawatan ini adalah untuk menyaksikan persediaan program vaksinasi fasa 1 yang akan bermula pada 1 July 2021 akan datang untuk sektor pembinaan.
Seramai 40,000 pekerja di sektor pembinaan telah berdaftar untuk mendapatkan vaksin di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.
Sumber:Β https://www.facebook.com/CIDBOfficial