PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 PADA 27 JUN 2021

Satu pemantauan/pematuhan telah dilaksanakan ke atas beberapa premis yang beroperasi di dalam bangunan Pasaraya AEON AU2, Setiawangsa dan Pasaraya AEON Big, Wangsa Maju untuk memastikan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan. Tinjauan pada kali ini tertumpu kepada operasi premis mengikut kelulusan pengoperasian yang ditetapkan di dalam SOP PKP 3.0 dan tahap pematuhan pengunjung/pelanggan yang hadir ke premis berkenaan.

Pasaraya AEON AU2, Setiawangsa

Hanya premis-premis yang dibenarkan beroperasi dibuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Rata-rata pengunjung/pelangan yang yang hadir ke premis-premis ini juga dilihat menunjukkan pematuhan yang memuaskan ke atas setiap SOP yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan turut melaksanakan sanitasi terhadap barangan gunasama seperti bakul dan troli.

Namun begitu, pihak pengurusan pasaraya perlu lebih mengawal keadaan di dalam premis (pasaraya keperluan asas) terutamanya pada waktu puncak dikhuatiri penjarakan sosial sukar diamalkan.

Pasaraya AEON Big, Wangsa Maju

Rata-rata pengunjung/pelangan yang yang hadir ke premis-premis ini juga dilihat menunjukkan pematuhan yang memuaskan ke atas setiap SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu kaedah pengawalan kepada jumlah pengunjung turut diamalkan dengan menggunakan kaedah nombor giliran. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di dalam premis. Premis-premis lain yang beroperasi di dalam bangunan berkenaan dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan juga sentiasa membuat hebahan/peringatan dari masa ke semasa kepada pelanggan-pelanggan agar sentiasa mematuhi SOP yang digariskan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi penambahbaikan oleh pihak pengurusan premis seperti:-

  • Terdapat segelintir kecil pekerja tidak mengenakan pelitup muka dengan betul iaitu hanya memakai pelitup di bawah dagu. Keadaan ini merupakan suatu situasi yang membimbangkan;
  • Tidak melalukan proses sanitasi terhadap barangan gunasama (bakul barangan);
  • Mengawal keadaan di dalam premis (pasaraya keperluan asas) terutamanya pada waktu puncak; dan
  • Kedai Eco-Shop tidak menempatkan pekerja untuk memantau daftar masuk pelanggan.

Pihak pengurusan pusat beli belah ini boleh berinisiatif dengan membuat pemantauan, rondaan bagi kawalan serta ingatan kepada pengunjung/pelanggan untuk memastikan pematuhan setiap SOP dipatuhi.

Individu yang bekerja di premis-premis iniΒ Β  juga perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk mematuhi setiap SOP yang digariskan dan sentiasa mengingatkan pengunjung/pelanggan berhubung pematuhan SOP sedia ada.

#KitaJagaKita

#StaySafe

 

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) BANTU KAMI …
Maklumat Lanjut

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ Diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, …
Maklumat Lanjut

MUSA SERTAI 5,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA 1446H

ALBUM: Musa merakamkan gambar kenangan bersama-sama Shahelmey (empat kiri), Masidi (lima kanan), Arifin (tiga kiri), Safar (dua kiri), Jumain (kiri) …
Maklumat Lanjut