PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI JALAN PASAR BAHARU

Satu tinjauan/pematuhan telah dilaksanakan di Jalan Pasar Baharu off Jalan Pudu, Kuala Lumpur bagi melihat tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Tujuan utama aktiviti pematuhan pada kali ini adalah untuk melihat pematuhan SOP oleh pemilik premis dan para pengunjung. Berdasarkan kepada hasil tinjauan di lapangan oleh tim pematuhan, didapati terdapat beberapa premis perniagaan yang dilihat telah mematuhi kesemua SOP seperti berikut:

1) Pemeriksaan suhu pengunjung yang masuk ke premis;

2) Buku daftar masuk/mysejahtera QR code scanner;

3) Penyediaan hand sanitizer;

4) Penjarakan fizikal (physical distancing); dan

5) Membuat label/penandaan bagi memastikan pengunjung faham serta mematuhi setiap SOP yang digariskan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat dikalangan pemilik premis, pekerja dan orang awam yang tidak mematuhi SOP yang telah digariskan oleh KKM/MKN dilihat contohnya seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul, tidak memaparkan had maksima jumlah pelanggan dan tiada edaran nombor giliran.

Pasar Pudu

Pihak pengurusan premis dilihat tidak melaksanakan had kawalan jumlah kemasukan pengunjung pada satu-satu masa termasuklah tidak memaparkan jumlah had maksima pengujung serta tidak membuat edaran nombor giliran sepertimana yang telah digariskan dalam SOP.

Selain itu, didapati kebanyakan para pekerja khususnya daripada kalangan warga asing dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul iaitu sekadar meletakkannya di bawah dagu. Situasi ini dilihat agak membimbangkan. yang mana ianya sahaja boleh mengakibatkan penularan wabak COVID-19 dikalangan orang awam sekiranya SOP umum tersebut gagal dipatuhi.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pelanggan yang didapati tidak mengemaskini profil MySejahtera bagi memastikan risiko terhadap penularan jangkitan virus COVID-19.

Disamping itu juga, keadaan/ruang kedai-kedai di sekitar lokasi berkenaan agak sempit dan terhad. Ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan SOP seperti penjarakan fizikal terutamanya pada waktu pagi Sabtu dan Ahad selain tahap kebersihan di kawasan sekitar pasar yang agak kotor dan tidak terurus.

Pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan oleh pemilik permis dan orang awam.

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut