OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DAERAH BATU PAHAT

BATU PAHAT, 27 Jun 2021 – Satu Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PKP 3.0 Sektor Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) telah dijalankan di kawasan Majlis Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. Operasi bersepadu ini terdiri daripada 17 pegawai dan penguatkuasa daripada jabatan/ agensi di peringkat Daerah Batu Pahat iaitu Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP), PDRM Balai Polis Daerah Batu Pahat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor (JPNIN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor. Terdapat sembilan (9) lokasi yang dijalankan operasi secara bersepadu pada hari ini.

Secara keseluruhannya, Operasi Pemantauan SOP PKP berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Pihak Penguatkuasa Majlis Daerah Batu Pahat telah mengeluarkan dua (2) kompaun ke atas dua (2) individu iaitu di atas kesalahan pelanggaran SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan iaitu kesalahan tidak mengimbas Mysejahtera. Kadar kompaun setiap satu masing-masing RM1,000.00.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di                          https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar – Tim Pematuhan MKN Negeri Johor
     

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …