PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) BERGERAK PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 21 Jun 2021 – PPV Bergerak PKD Segamat telah mula beroperasi pada hari ini di dua (2) lokasi iaitu di Exodus Shelter Care Center dan Rumah Sejahtera Gemas Baru, Segamat. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada warga emas dan terdapat seramai 41 orang penerima vaksin pada hari ini. Seramai 12 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dalam proses pemberian vaksin PPV bergerak PKD Segamat pada hari ini. Salah seorang penerima di kalangan warga emas pada hari ini merupakan penerima vaksin paling berusia setakat ini di daerah Segamat iaitu berumur 103 tahun.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …