MENTARI BUTTERWORTH: BANTUAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL

PULAU PINANG, 24 Jun 2021 – Peningkatan kes bunuh diri dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini di Negeri Pulau Pinang perlu diberikan perhatian khusus dengan penekanan kesihatan mental menjadi fokus utama. Justeru orang awam di negeri ini yang memerlukan bantuan sokongan psikososial boleh menghubungi Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), Butterworth di talian 04-3231908.

MENTARI yang merupakan pusat perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin – Khamis) dan 8.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari (Jumaat). Selain itu, orang awam juga boleh menghubungi Unit Psikiatri, Hospital Bukit Mertajam di talian 04-5497225 bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Jangan asingkan diri, kita boleh laluinya bersama.

Artikel/Berita Terkini

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN SUP SABAH

CENDERAMATA: Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Mohd Razali semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

BEKAS POLIS SEDIA BANTU PDRM BENDUNG JENAYAH DI KENINGAU

KENANGAN: Anggi bergambar bersama Erwansyah semasa kunjungan terbabit. KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau bersedia membantu Polis Diraja …

FELO SMJ TAPAK SEMAIAN KEPIMPINAN MASA DEPAN SABAH: HAJIJI

WATIKAH: Hajiji menyampaikan watikah pelantikan kepada Felo SMJ 5.0 di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Program …