OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 (SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN INDUSTRI) DI KAWASAN MAJLIS DAERAH LABIS, SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 22 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor bersama Majlis Daerah Labis, Balai Polis Labis dan Bekok, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah melaksanakan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP 3.0 di premis perniagaan dan kilang-kilang pembuatan dalam kawasan Majlis Daerah Labis, Segamat.

Dua premis telah dikompaun oleh Penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Segamat atas kesalahan pelanggaran SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Bagi premis yang melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen / permit di bawah UUKK Licensing of Trades Businesses Industries and Professions (MDSS) 1982, telah diberikan notis oleh Majlis Daerah Labis.

Dengan adanya operasi bersepadu ini, diharap akan dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar – Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

 

Pejabat Daerah Segamat
Majlis Daerah Labis – Rasmi
Polis Daerah Segamat
Pejabat Kesihatan Daerah Segamat
Kpdnhep Segamat

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …