OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP DAERAH KULAI, JOHOR

KULAI, 13 JUN 2021 – Satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP PKP 3.0 telah dijalankan di kawasan industri perkilangan serta industri makanan yang terdiri daripada restoran dan kedai makan di daerah Kulai. Operasi bersepadu ini telah dilaksanakan secara bersepadu melibatkan 22 orang pegawai, anggota dan penguatkuasa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Hasil daripada Operasi Bersepadu ini didapati masih terdapat organisasi dan individu yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun pihak-pihak yang didapati melakukan kesalahan perlanggaran SOP telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi bersepadu ini. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 
 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut