OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SEKTOR PEMBINAAN DIBAWAH AKTA 342 DI DAERAH PORT DICKSON

       

Bertindak atas maklumat, satu Operasi Bersepadu telah diadakan oleh MKN Negeri Sembilan bersama CIDB Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bertempat di beberapa tapak pembinaan sekitar Port Dickson. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat syarikat yang menjalankan operasi tapak bina tanpa mendapat kelulusan MITI mengikut sektor/kluster yang dibenarkan, gagal mempamerkan salinan keputusan swab test pekerja binaan (tempatan dan asing) dan gagal menyediakan Centralized Labour Quarters (CLQ) beserta pengangkutan pergerakan pekerja ke tapak bina.

Tindakan telah diambil oleh CIDB Negeri Sembilan dengan mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja, menampal notis penutupan tapak bagi kesalahan pelanggaran SOP MKN PKP Fasa Pertama dan menyita tapak pembinaan dengan pita larangan masuk. Manakala pihak PDRM pula telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM 10,000.00 kepada premis (kontraktor utama) atas kesalahan gagal mempamerkan QR Code MySejahtera. Beberapa teguran serta penambahbaikan turut diberikan semasa pemeriksaan bagi membendung dan mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan tapak pembinaan.

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama sentiasa dipatuhi dan semua pihak bertanggung jawab memainkan peranan utk membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 dalam sektor pembinaan/pembuatan di Negeri ini.

                  

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …