TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN RAYA BANDAR PUTRA, KULAI, JOHOR

KULAI, 17 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Raya Bandar Putra, Kulai. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di Daerah Kulai dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 300 – 1200 orang penerima vaksin sehari. Seramai 1100 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Raya Bandar Putra, Kulai pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Daerah Kulai.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

 
 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …