TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN RAYA TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 15 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Raya Taman Universiti, Johor Bahru. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Johor Bahru dengan kapasiti seramai 400 – 600 orang penerima vaksin sehari. Seramai 600 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Raya, Taman Universiti, Johor Bahru pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Johor Bahru.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …