TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, PEKAN NANAS, PONTIAN

PONTIAN, 13 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas, Pontian. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin penduduk di daerah Pontian dengan kapasiti seramai 400 orang penerima vaksin sehari. Seramai 402 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas, Pontian pada hari tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Pontian.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …