JOHOR BAHRU, 11 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah bekerjasama dalam Operasi Pematuhan SOP Solat Jumaat di beberapa buah masjid di dalam daerah Johor Bahru.
Operasi pematuhan ini disertai oleh 22 orang pegawai dan kakitangan MKN Negeri Johor dan JAINJ. MKN Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Masjid yang terlibat kerana telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada JAINJ kerana menjayakan operasi pematuhan ini.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor





