PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) LADANG TEREH MILL, KLUANG, JOHOR

KLUANG, 15 Jun 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Ladang Tereh Mill, Kluang, Johor telah dilaksanakan bermula 12 hingga 25 Jun 2021. Bagi memastikan kebajikan penduduk Ladang Tereh Mill, Kluang terjaga sepanjang PKPD dilaksanakan, para petugas dan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kluang telah menghantar bekalan makanan ke rumah-rumah dalam kawasan tersebut.

Terima kasih semua petugas! Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan kebajikan penduduk dan kelancaran PKPD di Ladang Tereh Mill, Kluang.

Seramai sekurang-kurangnya 60 orang petugas, anggota dan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kluang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang, Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang, Pejabat Daerah Kluang, Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Kluang, pihak pengurusan ladang dan pihak-pihak yang terlibat dalam PKPD Ladang Tereh Mill.

Sebelum berkuatkuasanya pelaksanaan PKPD Ladang Tereh Mill, Kluang, MKN Negeri Johor bersama – sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Vidyananthan telah berkesempatan membuat tinjauan ke ladang tersebut bagi melihat persediaan agensi-agensi berkaitan untuk pelaksanaan PKPD Ladang Tereh Mill, Kluang. Turut hadir bersama adalah Dr. Linayanti binti Rosli, Pengarah Kesihatan Daerah Kluang dan En. Muhamad Sharul Azmi bin Md. Kamil, Penolong Pegawai Daerah Kluang.
 

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: Petugas Barisan Hadapan PKPD Ladang Tereh Mill, Kluang & MKN Johor

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …