TINJAUAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MKN JOHOR KE SJR SUNGAI SARANG BUAYA, MUAR, JOHOR

MUAR, 10 Jun 2021 – Satu tinjauan telah dilakukan oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Johor,            En. Mohd Tarmizi bin Dan bersama beberapa pegawai dari MKN Johor ke Sekatan Jalan Raya (SJR)    Sungai Sarang Buaya, Muar, Johor. Tujuan lawatan adalah bagi meninjau keadaan di SJR Sungai Sarang Buaya, Muar di samping mengambil peluang untuk menyantuni petugas di SJR tersebut. Beliau turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan cenderamata daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor kepada para petugas di SJR berkenaan sebagai tanda terima kasih atas usaha para petugas dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Muar sentiasa dipatuhi. SJR di Sungai Sarang Buaya merupakan SJR yang berada di sempadan Muar-Batu Pahat.

Teruskan kawalan kendiri. Keluar rumah hanya bila perlu. Amalkan 3W dan elakkan 3S.

Terima kasih semua petugas barisan hadapan!

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …