TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TAPAK PESTA PULAU PINANG, DAERAH TIMUR LAUT

SUNGAI NIBONG, 14 Jun 2021 –Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang telah berkesempatan membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tapak Pesta Pulau Pinang bagi Daerah Timur Laut. PPV Tapak Pesta Pulau Pinang ini dijangka dapat membantu penduduk setempat di kawasan berhampiran untuk mendapatkan vaksin. Tempoh masa operasi PPV ini adalah dari Isnin sehingga hari Sabtu dengan jumlah suntikan sehari dipertingkatkan dari semasa ke semasa. PPV Tapak Pesta Pulau Pinang mampu memberikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 800 orang penerima vaksin secara harian.

Pulau Pinang akan menggerakkan seluruh jentera sama ada daripada sumber kerajaan ataupun swasta bagi membolehkan proses suntikan imunisasi sekaligus membentuk imuniti kelompok sebanyak 80% rakyat yang perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Pulau Pinang https://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut