OPS PEMATUHAN SOP TAPAK BINA

 

KUALA LUMPUR, 09 JUN 2021 – Construction Industry Development Board (CIDB) / Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Tapak Bina sewaktu PKP 3.0. Operasi berkenaan telah dilaksanakan bersama PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di tapak bina di Mukim Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

Notis Pemberhentian Kerja N3B/2015 dikeluarkan dan Kesalahan Notis N3B(1)(b)-perlanggaran kewajipan Kontraktor telah dikeluarkan. Tapak bina tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta oleh Penguatkuasa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana Pengisytiharaan untuk kebenaran beroperasi (MITI) didapati bercanggah di tapak beroperasi dan  rumah penginapan pekerja yang disediakan di tapak bina tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.

 

 

 

Sumber: https://www.facebook.com/CIDBOfficial/

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …