PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 PADA 9 JUN 2021

Satu pemantauan pematuhan telah dilaksanakan ke atas beberapa premis yang beroperasi di dalam bangunan Pasaraya LOTUS’S, Jalan Ipoh, Selayang dan Sunway Putra Mall untuk memastikan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan. Tinjauan pada kali ini tertumpu kepada operasi premis mengikut kelulusan pengoperasian yang ditetapkan di dalam SOP PKP 3.0 dan tahap pematuhan pengunjung/pelanggan yang hadir ke premis berkenaan.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, tim pematuhan mendapati premis-premis yang telah dipantau ini mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan seperti berikut:

1) Pemeriksaan suhu pengunjung yang masuk ke premis;

2) Buku daftar masuk/mysejahtera QR code scanner;

3) Penyediaan hand sanitizer;

4) Penggunaan pelitup separuh muka;

5) Penjarakan sosial (social distancing);

6) Membuat sanitasi secara berkala ke atas premis serta peralatan yang digunakan; dan

7) Membuat label/penandaan bagi memastikan pengunjung faham serta mematuhi setiap SOP yang digariskan

Rata-rata pengunjung/pelangan yang yang hadir ke premis-premis ini juga dilihat menunjukkan pematuhan yang memuaskan ke atas setiap SOP yang telah ditetapkan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan premis serta pekerja-pekerja yang bekerja di dalam bangunan premis berkenaan.

Pasaraya LOTUS’S, Jalan Ipoh, Selayang.

Pihak pengurusan premis seharusnya mengamalkan kaedah pengawalan kepada jumlah pengunjung yang berada di dalam premis terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti kawasan barangan keperluan harian. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di kawasan-kawasan tersebut daripada berlaku. Tim juga telah berbincang dengan pihak pengurusan premis bagi pihak pengurusan tersebut mengkoordinasikan perkara berkenaan.

Sunway Putra Mall.

Terdapat segelintir kecil pekerja yang bekerja di dalam premis ini yang masih mengamalkan sikap sambil lewa terhadap SOP yang telah ditetapkan. Keperluan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau merekod secara menual masih tidak dipatuhi. Semasa pemeriksaan, tim pematuhan bersama PDRM mendapati 2 individu yang bekerja di premis ini gagal mematuhi SOP tersebut. Pihak PDRM telah mengeluarkan saman di bawah akta 342 ke atas individu-individu tersebut kerana melanggar SOP sedia ada.

Kesimpulannya, pihak pengurusan pusat beli belah ini boleh berinisiatif dengan membuat pemantauan, rondaan serta pengumuman ingatan kepada pengunjung/pelanggan mereka bagi memastikan setiap SOP dipatuhi.

Individu yang bekerja di premis-premis ini   juga perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk mematuhi setiap SOP yang digariskan dan sentiasa mengingatkan pengunjung/pelanggan berhubung pematuhan SOP sedia ada.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut