TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) MEGA ASTRAZENECA PERSADA JOHOR

JOHOR BAHRU, 10 Jun 2021 – Hari ini Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Mega AstraZeneca PERSADA Johor. PPV Mega AstraZeneca PERSADA Johor ini dijangka akan memberikan 3000 dos vaksin kepada para penerima yang dijadualkan. Suasana dan aliran trafik di PPV dilihat terkawal dan rata-rata penerima vaksin yang ditemu bual berpuas hati dengan keseluruhan proses di PPV ini. Untuk para penerima yang bakal mendapatkan vaksin di PPV Mega AstraZeneca PERSADA Johor, pastikan anda sentiasa mematuhi arahan semasa para petugas bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin nanti. Diharapkan proses pemberian vaksin berjalan lancar sehingga 27 Julai 2021.

Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

GELOMBANG PANAS MERENTASI ASIA, BUKAN HANYA DI MALAYSIA

Beberapa kawasan di Asia sedang mengalami cuaca panas terik berikutan gelombang haba melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina, …
Maklumat Lanjut

RUMAH KAYU TANPA PAKU BERUSIA 88 TAHUN JADI TARIKAN DI TEMERLOH

WALAUPUN nampak usang, rumah kayu yang tersergam dan kelihatan masih kukuh di Kampung Chengal, Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab, Pahang ini, …
Maklumat Lanjut

KAPAL LAYAR KAYU TERBESAR DUNIA BERLABUH DI MELAKA

Pantai Kundur – Sebuah kapal layar kayu tradisional terbesar di dunia selamat berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, sebagai …
Maklumat Lanjut