PEMANTAUAN DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN FASILITI SWASTA KPJ SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL

       

SEREMBAN, 28 Mei – Hari ini satu pemantauan telah diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti swasta bertempat di KPJ Seremban Specialist Hospital. PPV ini telah dibuka mulai 25 Mei 2021 kepada orang awam yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Vaksin yang dibekalkan merupakan vaksin Sinovac keluaran Sinovac Biotech Ltd, China dimana penerima suntikan buat masa ini terdiri daripada golongan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Sebanyak 100 dos vaksin dikeluarkan setiap hari dimana senarai nama dan data penerima vaksin telah diperolehi secara terus dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Penerima vaksin akan dimaklumkan secara awal oleh pihak pengurusan KPJ Seremban supaya mereka tidak terlepas janji temu suntikan, manakala permohonan suntikan secara Walk-In adalah tidak dibenarkan. Sehingga semalam, kehadiran penerima berada di tahap yang memberangsangkan dengan kadar kehadiran sebanyak 87%.

                                        

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …