PKPD PANGSAPURI PERMAI (SEMUA BLOK) DAN PANGSAPURI SRI PENARA (BLOK C & D), KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi semasa peningkatan kes COVID-19 melibatkan dua (2) pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur, iaitu :

 

  • Pangsapuri Permai (semua blok)
  • Pangsapuri Sri Penara (BLOK C & D)

 

KKM mendapati berlaku peningkatan kes ketara dalam tempoh 10 hari apabila sebanyak 78 kes positif telah dikesan hasil daripada 101 ujian saringan dilakukan di Pangsapuri Permai. Di Pangsapuri Sri Penara pula, terdapat 111 kes positif COVID-19 selepas 123 orang penghuni disaring.

 

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua (2) pangsapuri seperti yang dinyatakan berkuatkuasa 28 Mei sehingga 10 Jun 2021.

 

 

Pelaksanaan PKPD memudahkan saringan kontak dan komuniti serta pengasingan awal dijalankan selain menghalang aktiviti semasa penduduk setempat dan seterusnya mengekang penularan wabak COVID-19 ke luar kawasan.

 

#StaySafe

#KitaJagaKita

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …