POLIS PUTRAJAYA KELUARKAN 54 KOMPAUN INGKAR SOP SEJAK 12 MEI

POLIS Putrajaya mengeluarkan 54 kompaun kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa 12 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata sebanyak 39 kompaun dikenakan terhadap individu bagi kesalahan merentas daerah dan negeri serta melanggar perintah kuarantin manakala seorang dikompaun kerana menganjurkan aktiviti yang menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Sebanyak 14 individu dikompaun bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka dan gagal mendaftar masuk menerusi kod QR MySejahtera,” katanya kepada media selepas memantau pematuhan masyarakat dan peniaga terhadap SOP yang diperketatkan berkuat kuasa Selasa lepas di Jalan Diplomatik Presint 15, di sini malam tadi.

Mohd Fadzil berkata rondaan pemantauan di sekitar Putrajaya akan memberi tumpuan di premis perniagaan dan pusat beli-belah untuk memastikan waktu perniagaan dihentikan 8 malam seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam pukul 7.30 malam, kereta peronda pasukan pemantauan akan memberi peringatan menerusi pembesar suara supaya peniaga dan orang awam tahu waktu yang dibenarkan akan berakhir,” katanya.

Mengenai kes COVID-19 yang meningkat di pusat pentadbiran kerajaan itu yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon hijau, Mohd Fadzil berkata ini kerana Putrajaya dikelilingi beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ada penjawat awam yang bertugas di sini tetapi tinggal di luar Putrajaya…ini menyebabkan pergerakan ulang-alik bagi urusan rasmi, bekerja, jual beli, sekolah dan lain-lain…mendedahkan Putrajaya kepada penularan,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …