PKPD DI KG. BATU MUDA TAMBAHAN & PPR KG. LIMAU, KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kuala Lumpur.
Sebanyak 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan dilakukan KKM manakala di PPR Kampung Limau, sebanyak 59 penduduk disahkan positif COVID-19 selepas 150 orang disaring.
KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di kedua- dua lokaliti tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau, Kuala Lumpur berkuat kuasa 23 Mei sehingga 5 Jun 2021.
Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …