KAMI TERUS PASTIKAN KESELAMATAN ANDA!

 

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2021 – DBKL menerusi Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) telah melaksanakan aktiviti nyahkuman di sekitar Kg Batu Muda, Kg Sri Batu, Kg Batu Muda Tambahan dan Taman Koperasi Polis bermula jam 8.30 pagi.

 

Aktiviti ini adalah merupakan usaha sokongan dan tindakan berterusan oleh DBKL bagi membendung penularan virus Covid-19 khususnya di kawasan penempatan yang padat.

 

Operasi ini telah melibatkan seramai 50 orang kakitangan bertugas. DBKL merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi dilaksanakan.

Orang awam juga diminta untuk terus mematuhi SOP bagi mengelak tularan penyakit ini.

 

 

 

KITA TERUS JAGA!

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u/

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …