MESYUARAT PENYELARASAN PENUGASAN TIM PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP (TPPS) NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2021

GEORGE TOWN, 28 April 2021 – YDH DCP Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pada pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penugasan Tim Pemantauan Pematuhan SOP (TPPS) Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2021. Mesyurat TPPS ini merupakan medium penting dalam usaha memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama setiap agensi yang terlibat di dalam operasi pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal pandemik COVID-19.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Polis Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) , Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang.

#MKN50
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …