FASA 2 PROGRAM IMUNISASI COVID19 KEBANGSAAN (PICK) DI MANJUNG, PERAK KINI BERMULA

Manjung,24 April 2021 – Dewan Serbaguna Perumahan Penjawat Awam (PPA) Amanjaya, Lumut Kiri, Manjung telah dipilih sebagai PPV bagi pelaksanaan PICK di daerah ini.

Program Fasa 2 di PPV ini berjalan lancar, dengan komitmen petugas-petugas kesihatan adalah amat baik, dibantu oleh beberapa Sukarelawan MyVac, Pegawai Belia Sukan Daerah Manjung serta kakitangan PDT Manjung.

Rata-rata penerima hadir pada awal pagi dengan diiringi oleh waris (anak/menantu atau pasangan suami/isteri) membawa penerima vaksin termasuk juga yang memerlukan bantuan kerusi roda, yang majoritinya berumur 70 hingga 90 tahun.

Tuan Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Perak juga turut hadir ke PPV ini untuk melihat sendiri MyVac bertugas dan memberikan kata-kata semangat kepada sukarelawan kerana turut membantu operasi PPV.

Pegawai Daerah Manjung juga hadir untuk menyaksikan proses PPV ini berjalan disamping melihat perkara-perkara yang boleh tambah baik untuk hari-hari seterusnya di PPV ini.

Tahniah dan syabas kepada para petugas.

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …