LAWATAN PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI BAZAR RAMADAN DAERAH PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU – Sesi lawatan pemantauan pematuhan SOP di bazar ramadan di sini telah dilaksanakan hasil sinergi bersama IPD, PKD, RELA dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Hasil tinjauan mendapati sistem pendaftaran keluar / masuk di kawal selia dengan baik oleh pihak PBT. Pengunjung yang datang dari arah laluan yang disediakan beratur dengan sabar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selain itu, laluan sehala yang ditetapkan di dalam bazar ini sangat membantu dalam mengurangkan kesesakan. Jika sekiranya tertinggal belian, pengunjung perlu membuat satu pusingan penuh. Laluan keluarĀ  juga dibuat berasingan bagi mengelakkan pertembungan.

Namun, masih ada pengunjung yang membawa masuk bayi dan kanak-kanak. Ayuh bersama kita mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan COVID19.

#KitaMestiMenang
#MKN50

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut