PROGRAM MALAYSIA PRIHATIN BERSAMA WARGA PENDIDIK DAERAH JASIN

25 Mac 2021 (Khamis), Jasin – YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 merangkap Ahli Parlimen Jasin telah merasmikan Program Malaysia Prihatin bersama Warga Pendidik Daerah Jasin, Melaka. Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai Proklamasi Darurat, pengurusan Covid19 oleh pihak Kerajaan, suntikan vaksin COVID19 dan kesan kepada individu dan impak ekonomi negara akibat pandemik Covid19.

Ini merupakan program beliau yang kedua selepas Perhimpunan bersama Penjawat Awam Daerah Jasin yang telah diadakan pada 22 Mac yang lalu. Seramai 300 orang telah hadir bagi program kali ini  yang terdiri dari warga pendidik dan kakitangan pendidikan daerah Jasin. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Jasin dan Pegawai Kesihatan Daerah Jasin. Dalam majlis tersebut, kaunter pendaftaran vaksin COVID-19 turut disediakan bertujuan membantu kumpulan sasar mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui laman web www.vaksincovid.gov.my.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …