KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI PULAU PINANG KE ATAS PENGARAH JABATAN PENERANGAN NEGERI PULAU PINANG

KOMTAR, 18 Mac 2021 – Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang, Encik Nazrul Fazami bin Mohamad telah melakukan satu kunjungan hormat bersama pegawai kanan MKN ke atas Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, YBrs Dr. Haniff bin Hassan di pejabatnya pada 17 Mac 2021 (Rabu).
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi memastikan rakyat negeri ini terus menerima informasi-informasi yang sahih dengan cepat dan tepat.

Pertemuan ini juga menjadi platform Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) menjalinkan kerjasama strategik di samping berkongsi pendapat dalam memperkasakan komuniti khususnya pembudayaan Norma Baharu. Bersama kita cegah COVID-19!

Artikel/Berita Terkini

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …