KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG BRIG JENERAL, PANGLIMA MARKAS BRIDGED KE-ENAM INFANTRI MALAYSIA OLEH PENGARAH KESELAMATAN NEGERI PULAU PINANG

SUNGAI PETANI, 18 Mac 2021- Encik Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang dan pegawainya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Brig Jeneral Khairul Anuar bin Abd Aziz, Panglima Markas Bridged Ke-Enam Infantri Malaysia di Sungai Petani, Kedah.

Kunjungan hormat ke atas YBhg Brig Jeneral Khairul Anuar bin Abd Aziz oleh Encik Nazrul Fazami bin Mohamad telah diadakan di Pejabat Panglima, bermula pada jam 10.30 pagi. Dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, kedua-dua pemimpin berkesempatan untuk berbincang mengenai hala tuju gerak kerja keselamatan di Negeri Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini sangat penting kerana ia dapat memperkukuhkan hubungan strategik juga dapat bertukar-tukar pandangan dalam hal-hal keselamatan Negeri Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …