KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENCEMAR DULI BERANGKAT MELAWAT PUSAT VAKSINASI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli berangkat melawat Pusat Vaksinasi Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Titiwangsa.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 2.40 petang disambut YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr. Adham Baba dan YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta pegawai tertinggi KKM dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Sejurus tiba Seri Paduka Baginda diberi persembahan taklimat berkenaan penyimpanan vaksin COVID-19 dan proses vaksinasi kepada orang awam di pusat ini. Pada lawatan ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan berangkat melawat tempat penyimpanan vaksin di mana Baginda turut diberi persembahan taklimat ringkas. Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan proses suntikan vaksin di pusat vaksinasi ini.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamatan diri rakyat dan menasihati rakyat untuk berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

#agongkita #royal #malaysia #kkm #vaksin

Sumber:

FB Istana Negara https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/

FB Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya https://www.facebook.com/JKWPKLP

 

 

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …