OPS BERSEPADU PEMANTAUAN KUIL – KUIL SEMPENA UPACARA SEMBAHYANG MAHA SHIVA RATHRI

   

SEREMBAN, 13 Mac 2021 – Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKNNS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh Insp Khaizir Muzani Bin Md Yusof, Ketua Polis Balai Jalan Campbell, Seremban bersama-sama Pegawai Perpaduan Daerah Seremban telah menjalankan Pemantauan Pematuhan (SOP) di beberapa rumah ibadat bukan Islam (Kuil) sempena upacara sembahyang Maha Shiva Rathri malam tadi.

Tujuan pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain ini diadakan adalah untuk memastikan kapasiti penganut yang dapat dimuatkan dalam satu masa mengikut keluasan Kuil serta semua SOP dipatuhi. Hasil pemantauan mendapati rumah-rumah ibadat (Kuil) mematuhi Standard Operation Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
                

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …