PEMANTAUAN DI RESTORAN DAN KEDAI MAKAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC 2021 – Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas beberapa restoran dan kedai makan di sekitar Sri Rampai, Wangsa Maju, Keramat dan Pusat Bandaraya. Tujuan tinjauan ini adalah untuk melihat serta memantau tahap pematuhan pemilik premis, pekerja dan masyarakat yang mengunjungi premis berkenaan. Fokus tinjauan adalah di restoran atau kedai yang dijangka menjadi tumpuan masyarakat terutamanya pada waktu makan tengah hari.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, tim pematuhan mendapati aktiviti perniaggaan ini kembali rancak setelah kelonggaran makan secara dine in melebihi dua orang bagi satu meja dilaksanakan. Rata-rata pemilik premis dan pelanggan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan. Amalan norma baharu terutamanya penjarakan di antara meja dengan meja yang lain juga dilaksanakan dengan baik.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang bekerja di premis restoran dan kedai makan ini tidak memakai pelitup muka dengan betul iaitu hanya meletakkannya di bawah dagu. Amalan ini tidak seharusnya berlaku di kalangan pekerja-pekerja tersebut yang bertugas sebagai pelayan atau individu yang menyediakan makanan/minuman. Penjagaan norma baharu perlu lebih di titik beratkan terutama kepada pekerja restoran atau kedai makan ini kerana individu ini terdedah kepada pelbagai pelanggan dari latar belakang kesihatan yang berbeza-beza.

Selain daripada itu, terdapat juga sebuah restoran yang tidak mengamalkan penjarakan di antara meja dan mengakibatkan keadaan menjadi agak padat serta sesak. Keadaan tersebut juga berlaku di luar premis berkenaan iaitu tiada kawalan serta penjarakan sosial kepada pelanggan yang berbaris menunggu giliran untuk makan secara dine in atau membeli makanan secara bungkus. Ingatan/amaran secara lisan telah diberikan ke atas premis berkenaan bagi mematuhi setiap SOP yang ditetapkan. Situasi tersebut juga telah dimaklumkan kepada pihak Penguatkuasa DBKL bagi pemantauan susulan.

Pemilik premis seharusnya lebih prihatin dalam memastikan setiap individu yang bekerja di premis mereka mematuhi setiap SOP yang telah digariskan. Pemilik premis/pekerja juga bertanggungjawab bagi menasihati dan memastikan pelanggan mematuhi SOP yang ditetapkan. Selain daripada itu, pelanggan juga perlu sentiasa mengamalkan norma baharu bagi mengelakkan kebarangkalian jangkitan COVID-19.

 

#KitaJagaKita

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut