SKUAD AGEN BASMI COVID-19 (ABC-19) DI PERAK TENGAH, PERAK

PERAK TENGAH, 3 Mac 2021- Satu program Pemerkasaan Komuniti (Community Empowerment) telah dilaksanakan di Mukim Belanja, Parit, Perak yang telah disertai oleh Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Program yang mendapat kerjasama baik daripada orang ramai serta komuniti ini telah melibatkan beberapa premis perniagaan antaranya gerai makan, kedai runcit, bengkel dan perkakasan. Penekanan berkenaan pematuhan SOP yang berterusan diterapkan sepanjang program berlangsung dalam usaha melandaikan keluk penularan COVID-19.

#bersamaputuskanrantaianCOVID19

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …