Satu tinjauan telah dilaksanakan dibeberapa kedai Dobi Layan Diri disekitar Sri Rampai, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Bangsar Kuala Lumpur. Tinjauan adalah bertujuan untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan.
Hasil tinjauan dilapangan mendapati terdapat ketidakpatuhan dari segi perlaksanaan SOP bagi pengoperasian premis-premis Dobi Layan Diri ini. Rata-rata pihak pengurusan premis ini telah menyediakan keperluan yang telah ditetapkan di dalam SOP seperti buku daftar masuk pengunjung/mySejahtera QR code scanner, penyediaan hand sanitizer, alat pengukur suhu dan penandaan yang dibuat pada kerusi dan lantai bagi tujuan untuk memastikan kawalan penjarakkan sosial. Walau bagaimanapun, tim pematuhan mendapati, ada segelintir pemilik premis ini tidak menyediakan peralatan yang tidak mencukupi seperti pengukur suhu yang perlu disediakan untuk kegunaan pelanggan.
Lebih merungsingkan lagi, terdapat sesetengah premis dobi ini tidak menugaskan pekerja/individu bagi mengawal selia premis berkenaan. Ini adalah bercanggah dengan penetapan garis panduan yang terdapat di dalam SOP pengoperasian premis ini. Selain daripada itu, terdapat juga sesetengah premis Dobi Layan Diri ini yang membenarkan pelanggan mereka untuk melipat baju yang selesai dicuci di atas meja yang disediakan. Peralatan-peralatan yang terdapat di kedai dobi ini juga diragui tahap pengurusan sanitasi yang dilaksanakan oleh pemilik/pengawal selia premis berkenaan.
STATISTIK:
- Tidak memakai/memakai tidak betul pelitup muka: 5 kes
- Tidak menyediakan alat pengukur suhu: 3 kes
- Tidak menyediakan pekerja pengawal selia : 7 kes
Pemantauan secara berkala akan dilaksanakan di premis ini oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat serta memastikan tahap pematuhan kepada SOP yang telah dikeluarkan. Menyediakan petugas yang mengawal selia premis serta pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini seperti mana yang telah digariskan di dalam SOP. Pemilik premis Dobi layan diri perlu kerap memantau premis mereka dan mereka perlu sering membuat prosidur sanitasi ke atas semua peralatan yang digunakan di premis tersebut.