LAWATAN KERJA YAB MB PERAK KE IPD TAIPING DAN SJR

TAIPING – 28 Januari 2021, Jam 9.30 pagi, YAB Dato Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah mengadakan Lawatan Kerja ke IPD Taiping. Turut bersama ialah YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak, Tuan Khairul Ridzuan Bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak dan Pengarah -Pengarah Jabatan Negeri Perak yang lain. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pandemik Covid-19 dari Jabatan Penjara dan Kem Tahanan Kamunting serta mendengar taklimat keselamatan dari pihak PDRM.

Kerajaan Negeri senantiasa membantu bagi memastikan keselesaan serta keselamatan petugas Barisan Hadapan. Sebanyak 16 buah khemah telah dan akan diserahkan kepada PDRM Perak bagi memastikan anggota dapat berteduh dalam keadaan panas dan hujan.

Di samping itu Kerajaan Negeri juga menyerahkan bantuan Kotak Makanan serta bungkusan makanan kering untuk pos Sekatan Jalan Raya (SJR).

Pada jam 12. 00 tengahari, lawatan kerja diteruskan ke Lokasi Sekatan Jalanraya iaitu di Tol susur keluar ke Kuala Kangsar, Perak.

YAB Dato Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak berpesan kepada semua petugas yang terlibat agar sentiasa komited dalam tugas yang dijalankan serta sentiasa mempamerkan Integriti yang tinggi di samping menjaga kesihatan diri.

Beliau turut menegaskan supaya setiap petugas tidak menyalah gunakan kuasa serta tidak menyusahkan orang awam dengan perkara yang remeh di samping menjaga nama baik Pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya Polis Daerah Kuala Kangsar.

#PatuhiSOP_PKP
#KitaJagaPerak
#BersamaPutuskanRantaianCovid19

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …