Setiap sumber kewangan organisasi merupakan amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan integriti.
Penggunaan dana organisasi hendaklah sentiasa berlandaskan tujuan yang diluluskan, mematuhi prosedur kewangan serta disokong dengan rekod transaksi yang lengkap dan sah.
Walaupun sesuatu perbelanjaan kelihatan kecil, penyalahgunaan wang organisasi untuk kepentingan peribadi boleh menjejaskan kepercayaan, reputasi dan kelangsungan sesebuah organisasi.
Justeru, budayakan pengurusan kewangan yang berhemah, utamakan akauntabiliti dalam setiap transaksi dan pastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan penuh amanah.
Ingatlah, integriti bukan hanya diukur melalui kejujuran ketika mengurus wang yang banyak, tetapi juga melalui disiplin menjaga amanah walaupun tiada siapa yang memerhati.
Sumber :Facebook Institut Integriti Malaysia



