STATISTIK TENAGA BURUH, SEPTEMBER 2026

STATISTIK TENAGA BURUH, SEPTEMBER 2026

Tenaga buruh terus berkembang pada September 2026, merekodkan peningkatan 0.1 peratus (+16.7 ribu) kepada 17.40 juta, berbanding 17.39 juta pada Ogos 2026. Sementara itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) kekal pada 71.0 peratus.

Pasaran buruh Malaysia terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil, dengan bilangan penduduk bekerja naik 0.1 peratus (+15.1 ribu) kepada 16.89 juta (Ogos 2026: 16.87 juta). Nisbah guna tenaga kepada penduduk, iaitu indikator keupayaan ekonomi dalam menyediakan peluang pekerjaan kekal pada 68.9 peratus, sama seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Kategori pekerja kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah guna tenaga, merangkumi 74.9 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja. Bilangan pekerja meningkat 0.1 peratus (+10.5 ribu) kepada 12.65 juta, berbanding 12.63 juta pada Ogos 2026. Selain itu, bilangan penduduk bekerja sendiri turut meningkat 0.1 peratus (+4.7 ribu) kepada 3.17 juta.

Bilangan penganggur pada September 2026 meningkat 1.6 ribu (+0.3%) kepada 513.2 ribu (Ogos 2026: 511.6 ribu). Kadar pengangguran kekal pada 2.9 peratus, tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

Bilangan penduduk di luar tenaga buruh menurun 0.03 peratus (-2.0 ribu) kepada 7.10 juta (Ogos 2026: 7.11 juta). Kerja rumah/tanggungjawab keluarga terus menjadi sebab utama berada di luar tenaga buruh, merangkumi 43.7 peratus daripada jumlah keseluruhan. Ini diikuti oleh kategori bersekolah/program latihan, menyumbang 40.4 peratus.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …

STATISTIK TENAGA BURUH, SEPTEMBER 2026

STATISTIK TENAGA BURUH, SEPTEMBER 2026 Tenaga buruh terus berkembang pada September 2026, merekodkan peningkatan 0.1 peratus (+16.7 ribu) kepada 17.40 …

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …