Tahukah anda?
Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah Timur Laut.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan 3 Kriteria Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia:
WASPADA: Hujan berterusan (< 150 mm dalam tempoh 24 jam)
BURUK: Hujan lebat berterusan (> 150 mm dalam tempoh 24 jam)
BAHAYA: Hujan sangat lebat berterusan (> 250 mm dalam tempoh 24 jam)Dapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui aplikasi myCuaca, laman web rasmi www.met.gov.my dan saluran media sosial rasmi MET Malaysia.
Sentiasa utamakan keselamatan anda dan keluarga!
#METMalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja



