PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli merasmikan Pembukaan Persidangan Persatuan Parlimen Negara-Negara Komanwel Ke-9 di Parlimen, Kuala Lumpur. Persidangan yang kedua diadakan di Asia dan pertama kali di Malaysia ini dihadiri oleh lebih 500 orang perwakilan dari 29 buah negara Komanwel. Tunku Abdul Rahman Putra  menyatakan harapannya supaya negara-negara Komanwel terus bekerjasama  di dalam segala bidang khasnya di bidang ekonomi dan keselamatan.  Persidangan selama seminggu ini bertujuan untuk membincangkan masalah masalah sosial, ekonomi dan politik. Soal keamanan dan pencerobohan asing  dalam ekonomi dan politik adalah perkara hangat dibincangkan sepanjang  persidangan tersebut.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …