MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk R.V. Navaratnam sementara Indonesia diwakili oleh Direktor Jeneral Perhubungan Laut, Department Perhubungan Indonesia, Encik J.E. Habibie. Perjanjian ini memperuntukan beberapa perkara, antaranya kedua-kedua negara akan bekerjasama untuk saling membantu jika berlaku kemalangan maritim dalam perairan negara masing-masing. Di samping juga, persetujuan ini dicapai bagi menjamin keselamatan pelayaran di laut terutama di Selat Melaka dan Singapura sekaligus kedua-dua buah negara bersetuju mengenai penubuhan Jawatankuasa Maritim Bersama bagi membincangkan perlaksanaan perjanjian ini. Perjanjian Perkapalan Malaysia-Indonesia yang dimeterai ini bukan sahaja akan membawa perkembangan yang sihat dalam bidang ekonomi kedua-kedua negara tetapi juga dapat mengeratkan lagi perhubungan dua hala kedua-kedua negara yang sedia terjalin sejak sekian lama.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …