PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah ditandatangani. Kerajaan Malaysia telah diwakili oleh Menteri Pertanian dan Kerjasama, Encik Mohamed Khir bin Johari, manakala kerajaan Republik Korea diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Encik Choi Duk Shin dalam upacara yang telah berlangsung di Seoul ini. Perjanjian yang telah ditandatangani bertujuan untuk memperluaskan dan memperkukuhkan lagi perhubungan perniagaan di antara kedua-dua buah negara.Antara sepuluh perkara yang terkandung dalam perjanjian yang telah dimeterai itu ialah persetujuan kedua-dua buah negara untuk berusaha memperbanyakkan lagi perdagangan terutamanya mengenai barangan eksport bagi kedua-dua buah negara.Sesungguhnya perjanjian yang ditandatangani pada hari ini di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Republik Korea telah dapat memperluaskan lagi hasil dagangan serta dapat mengeratkan lagi perhubungan perdangangan di antara kedua-dua buah negara.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …