Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka panjang isu pelarian. Pelaksanaan DPP tidak mengubah keutamaan penghantaran pulang dan penempatan semula.
DPP ialah mekanisme kawalan sementara, bukan dasar penempatan kekal pelarian di Malaysia seperti yang diulaskan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Penghantaran pulang memerlukan pengesahan kewarganegaraan, kerjasama negara asal dan pertimbangan terhadap keadaan keselamatan. Penempatan semula ke negara ketiga pula bergantung kepada dasar serta kesediaan negara penerima.
Sepanjang usaha ini diteruskan, DPP memastikan pelarian sedia ada dikenal pasti, dipantau dan dikawal. Keselamatan negara, kedaulatan undang-undang dan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Jabatan Imigresen Malaysia



